Saturday, March 21, 2009

Nasik Kuning...

0 comments

Hari ni Budhe tak keje tapi Cik Bie pulak kena pegi ofis sebab Kursus Amalan 5S. Lepas Cik Bie berangkat pegi ofis, maka Budhe dengan bestnya sambung tidur lagi, apalagi si kembar tu pulak tengah nyenyak je. Bila Budhe terjaga je tengok-tengok jam dah pukul 9.30, matahari pon dah memancar terik. Alamak, lama pulak Budhe tertido (konon, tertido..hehehe..sengaja tido sebenarnya). Dah siap bersih-bersih semua, Budhe terfikir, nak sarapan apa hari ni? Abah Hakim pulak ada kat rumah. Nak goreng nasik tapi nasik sisa semalam tinggal sikit je, nak makan meggi malas lah pulak. Tetiba je, toing, Budhe terfikir nak buat nasik kuning tapi kuahnya pakai ayam dengan telor. So, sambil-sambil siapkan si kembar untuk mandi, Budhe sambil-sambil bersilat kat dapor. Keletung keletang kelepak kelepung pukul 11 dah siaplah nasik kuning. Si kembar pun dah siap mandi, siap minum susu dan ngantuk-ngantuk nak tido balik. Oh ye, Budhe teringat pulak dulu masa kat Indo, selalu makan makan acar dia yang sedap tu jadi Budhe buatlah acar ala-ala Indo hari ni. Kena pulak dengan cili api blender yang diimport dari Kelate, fuhhhh, berasap telinge. Rugi betul takde Cik Bie, kalau tak lagi best makan. So hari ni hancur lah sikit diet Budhe (hehehe, Budhe dengan Cik Bie tengah nak berdiet..konon le..). So Cik Bie, kutunggu kau balik keje, ku nak ajak kau makan banyak-banyak. Hehehe..jangan marah ye Cik Bie...

Tuesday, March 17, 2009

Wah..wah..wahh

0 comments
Wah wah wah..Nampaknye Budhe dah berani menampilkan dirinya kat site IBUNANO ni. Hahaha takut ke kalau2 Cik Bie yg revealkan identiti Budhe dengan gambar2 yang boleh bikin 'gempak'? Cik Bie pun nak letak jugak la gambar close-up Cik Bie ni. Ye la gambar kat bawah tu rasanya yg highlight tu unto je kot. Gambo tu Budhe la yg 'mendajalkan' Cik Bie letak gambo ngan unto *jage Budhe!Nanti Cik Bie tendang Budhe sampai terduduk atas belakang unto tu!*. Baru best unto tu ada geng. Takde lah seko2 diri je duk dlm 'goak' tu muahahaha...

Mmg la Budhe, bizi sgt lepas2 balik Melaka ni. Keje asyik balik lambat je. Petang ada sukan kolej plak. Sian Hakim ngan Rafiq duk ngan bibik sampai petang. Sampaikan cakap ngan ibu pun dah "Nggak..nggak..", ishh haru betull!! Hakim tu kan skang ni dah masuk fasa yg mana sume yg kita buat/cakap dia akan ajuk balik. Lepas balik dari Melaka ni tak sempat nak main-main ngan Rafiq. Malam pun si Rafiq tu syik tidur je. Jage minum susu pas tu tido balik. Sian jugak kalau baby yang tak banyak ragam ni..kadang2 Cik Bie cam ter'ignore' je dia. Hakim jugak yg best, tak sunyi ngan keletah dan lakonang dia 'memaksa' kita mengarahkan perhatian kat dia. Tapi keletah dia lah yang membuatkan rumah tu meriah. bak kata bibik, 'takde Hakim setengah hari pun dah sunyi!!'. Apa2 pun Hakim dan Rafiq la yang membuatkan Cik Bie sokmo nak balik keje awal. Sayang anak2 ibu..muahhss.

Ni la sebahagian gambo2 Cik Bie sekeluarga hasil dr gi jalan2 ke Melaka ari tu.


Monday, March 16, 2009

Bizi...

2 comments
Weekend baru ni Ibu-Ibu Nano duakeluarga cuti-cuti Malaysia ke Melaka, jadi sekarang ni tengah bizi sikit mencover kerja-kerja di pejabat, balik rumah pulak bizi dengan askar-askar yang 4 bijik tu, jadi terpaksa le menahan diri nak tulis panjang-panjang kat sini. Tapi tengah bizi dengan keje tu, tetiba pulak, di luar kawalan, Budhe terbukak page blogger ni, jadi terpaksalah Budhe update cite sikit-sikit (cesss, sebenarnya memang tangan yang gatal, hehehe...). Nak tulis panjang-panjang tak sempat, jadi inilah dia Budhe tampilkan wajah sebenar Budhe yang dah tak berapa nak ayu ni (sebab dah gumuk...), dengan askar-askar Budhe...




Tuesday, March 10, 2009

Turn Cik Bie la pulak..

0 comments
Tgh sibuk2 buat keje kat opis tadi, Budhe sms Cik Bie bg tau kitorang dpt homework dari Aunty Lya. Ooo Aunty Lya tag kitorang ye. Budhe dah jawab, so it's my turn. Huhh, suspen ni nak menjawab soalan2 ni..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
mmg plan pun, dah setahun lebih, dah di schedulekan untuk buat IVF tapi thank god Cik Bie dapat Hakim 'spontaneously'..naturally i mean hehe

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Ntah..tak pernak pikir pun. Cik Bie dah dapat rasa kot dapat anak laki :D

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Happy sgt..tak caye pun ada. Anyway, syukur Alhamdulillah..

4. HOW OLD WERE YOU?
Baru je 28, muda lagi

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Dah lewat 15 hari, Cik Bie test sendiri je. Sekali positif! Terharu abah Hakim (masa tu Rafiq kan belum ada, jgn sedih ye Rafiq), samalah ngan Cik Bie. Terasa dunia ni kitorang yg punya.

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Of course la abah Hakim. Terus abah Hakim belikan Cik Bie slipar jepung atau lebih tepat lagi slipar TAT SIN tuk Cik Bie pakai dlm toilet hahaha. Punyala risau takut Cik Bie jatuh. Ye la nak dpt bukannya senang. Kerja2 mengemop pun dah bertukar tangan. Skang ni nak tgk abah Hakim pegang mop pun susah *jangan marah ye abah*

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Mestilah nak. Abah Hakim prefer laki sbb katanya boleh jaga adik-adik.

8. DUE DATE?
30 Julai 2007

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Apa tu??Takde pun..sume bedal je

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Masa tu pantang tgk makanan, sume jalannn especially makanan kat rumah orang. Sedih sgt kalau orang tak pelawa makan hehehe. Tak malu sungguh.. Dah pelawa makan byk plak tu!

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy

12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Dalam 10kg jugak..

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Yg paling Cik Bie tak leh ingat kaki Cik Bie naik gatal2. Merenyam sampai takleh tido. Dah garu2, jd melepuh. Hodoh gile kaki aku. Dahla kaki Cik Bie tak berapa nak cantik! Masa tu 5 months pregnant. Masuk 7 bulan dah ok balik.

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Pakar An-Nur, Bangi

15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Lamaaaa...jap nak kira. Ada la dalam 12 jam. Kesian abah Hakim kesejukan tunggu Cik Bie

16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Abah Hakim ditemani Mak Lang yg diimport khas dari UKM

17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Abah Hakim, Dr. Kham dan beberapa org misi

18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural tp dgn bantuan vacuum..Cik Bie dah keletihan masa tu

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Cik Bie amik epidural. Penakut aku ni! Nasib baik abah Hakim bg green lite

20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
2.8kg

21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
22 July 2007 @ 12.52pm

22. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad Alif Hakim bin Yusnizam. Anak sulung kan, mestilah 'alif'. Anak kedua' ba' ke?Ishh tak sampai ati lah plak nak bagi nama Ba Hakim. Nantikan sampai ke tua anak Cik Bie tu salahkan Cik Bie.

23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
1 year, 7 months and 3 weeks

24. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Dah dapat adik dah pun Si Hakim ni haaa...

Monday, March 9, 2009

Jeng Jeng Jeng...

2 comments
Jeng Jeng Jeng...Inilah dia wajah Cik Bie aka Ibu Nano 2 yang selama ini menjadi mystery case file. Bukan yang dalam kandang tu ye (yang dalam kandang tu unto), bukan jugak yang pakai t-shirt hijau tu, tapi yang pakai topi tuuuu....


Kene tag...

0 comments
(posted by budhe aka ibu nano 1)
Nampaknya ibu si kembar pintu sebelah dah tag dua ibu nano ni, jadi kenelah menjawab...
1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
tak plan pun, menerima apa adanya, tau-tau je dah ada...
2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Roro
3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Macam-macam adaaaa. Macam makan gado-gado, ada happy banget, ada sedih, tapi happylah yang banyak...
4. HOW OLD WERE YOU?
very old lah kalau menurut bidan kat tempat budhe check memula tu, sebab dia cakap, sepatutnya mengikut umur budhe masa tu, sekurang-kurangnya dah ada 3 atau 4 anak. Oh, by the way busway, masa tu umur budhe 31, hmmm...tua sangat ke??
5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
masa tu dah lambat pregnant lebih dari seminggu. Cakap kat mas, dia kata, selamat ya, sebab pregnant le tu, padahal masa tu belum check pun...
6. WHO DID YOU TELL FIRST?
mas
7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
memang nak tau pun sebab kalau dah tau senang nak bagi nama, senang nak beli-beli baju baby...
8. DUE DATE?
22 Disember 2008...
9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Budhe bukan morning sickness lagi dah tapi morning till night sickness, keje nak muntah je. Kalau malam-malam tido, terbangun, tiba-tiba je rasa nak muntah so sebelum tido tu kene le siapkan air kopi satu mug kat sebelah katil jadi bila rasa nak wekkk je langsung teguk air kopi, lega sikit rasanya...
10. WHAT DID YOU CRAVE?
memula tu budhe mengidam sangat air kelapa, tiap-tiap hari minum air kelapa. Dah bosan air kelapa, budhe mengidam mangga muda pulak. Ada satu hari tu budhe makan 3 bijik mangga muda sampai kembong perut aku, macam penuh gas je. Tobat tak makan mangga muda banyak-banyak dah lepas tu...
11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
kembar, 2-2 laki-laki. Yang bestnya, masa scan tak nampak pun kembar, nampak 1 je. Tapi perut budhe besor gile lah masa pregnant tu, asyik sek-eh je, baby dalam perut pun duk 'bergholak' semacam je...
12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
tak ingat le, tapi kalau berat budhe gain lepas bersalin tu ingat le, berpound-pound lah...
13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Sikit je, tekanan darah rendah ngan hemoglobin kurang, tapi rasanya tak efek pun, budhe fine-fine je...
14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Kajang...
15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
sokojap jo den kat labour room, masuk kul 1 lebih, kul 3 lebih doktor dah siap bedah-bedah + jahit-jahit perut budhe...(caesar le...)
16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
hubby ibu nano 2, ibu nano 2 pun ikut skali masa tu...
17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Lho lho lho..mestilah doktor dan kerabat-kerabatnya.
18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
c-section tu caesar ke?? kuikui, orang teghanung kate...BELLOH...
19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Dok tau le, nurse tu cocok banyak sgt kak bontot aku, tapi yang pasti tak rasa dah kontraksi tu....
20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
Sultan 1.2kg, Eka pulak 1.1kg...
21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
13/10/2008 pukul 3.01am ngan 3.02 am...
22. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad Sultan Atmadja dan Muhammad Eka Atmadja (Eka, bukan pendekar ye...)
23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
4 bulan, 3 minggu dan 4 hari...
24. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Do what??? Hehehhe...(kura-kura dalam perahu)
OK, BUDHE DAH JAWAB NI TAGNYA MAMA SI KEMBAR. LEPAS NI GILIRAN CIK BIE AKA IBU NANO 2 LAH PULAK...PULAKKKKK....

Sunday, March 8, 2009

Nano ke??

1 comments
Posted by: Ibu nano 2

Nano ke Budhe dengan Cik Bie ni? Actually, kita ni bukannya nano sangat, Budhe. Cuma kengkadang tu emmm..apa ye wording yg sesuai??.. 'nano' jugaklah dibuatnya dengan kerenah anak-anak ni hahaha.. Dulu Cik Bie pernah pesan kat Budhe, masa mula-mula Budhe dapat si kembar sultan+eka, "Biar kita yang atur anak-anak, jgn anak-anak yang atur kita". Tapi sekarang apa dah jadik?? Rasanya kata-katanya ni hanya boleh applied untuk Rafiq je kot. Si kembar Sultan+Eka dah pandai atur ibunya aka ibunano 1. Si Hakim lagilah, bukan setakat dah pandai atur ibunya malah dengan abahnya sekali kena atur hehe.
Si kembar S+E dah pandai berjaga malam sampai pukul 2,3 pagi. Kesian Budhe kena 'pajang' ngan anak-anak sampai ngantuk2 gi keje. Si Hakim pulak abah dia balik keje je, terus ajak naik motor. Kesian kat abah, kadang-kadang balik berhujan basah kuyup pun Hakim duk 'aghut' nak naik moto jugak. Si Hakim ni pantang tengok abah + ibu dia baring/telentang, terus naik atas badan buat kuda. Paling best sekarang ni ibunya duk tercongok tengok tv pun dia boleh buat kuda. Mau patah pinggang Cik Bie! Si Rafiq pulak...haaa yg ni mmg boleh diatur, tak banyak kerenah. Hanya bersuara time dia lapar. Dah kenyang, baringkan atas toto dan dia akan tidur sendiri. Harap2 perangai dia kekal la macam tu sampai ke besar.

Hakim...

4 comments
Inilah dia wajah-wajah Hakim, yang selalu buat Cik Bie nano tiap hari, yang penuh dengan lakonang...




Thursday, March 5, 2009

Balik kampung...

0 comments
Hari ini Cik Bie aka ibu nano 2 sekeluarga balik kampung kat Kelantan, jadi, tinggallah budhe aka ibu nano 1 dengan si kembarnya dan jugak bibik. Sunyi sepilah rumah bila takde Hakim, boringlah jugak budhe nanti, tak tahu camane nak habiskan long-weekend ni. Anak-anak, kita duduk rehat-rehat je lah kat rumah ye, nanti minggu depan kita pulak yang nak pegi cuti-cuti. Bestnya weekend ni, budhe bolehlah bangun lambat-lambat, buat keje lambat-lambat, kemas dan masak lambat-lambat. Bestnya...Tapi, sebenarnya, memang tak bestlah takde cik bie ni...

Tuesday, March 3, 2009

Perkenalkan...

0 comments
Ini dia wajah-wajah 2 ibu yang nano...Oh!! Maaf ye, lupa, 2 ibu nano ni sedang menghadapi krisis pasca bersalin, krisis berat badan jadi tak ada gambar terbaru 2 ibu nano. Tunggu yee...Nanti bila ibu nano dah ready, baru wajah-wajah kami akan dipaparkan di sini. Hehehe...


Ini pula wajah-wajah baby-baby yang selalu membuat ibu-ibu jadi nano.



Sultan dan Eka


Hakim dan Rafiq



Sunday, March 1, 2009

Cerita bermula...

0 comments
Akhirnya, setelah sibuk dengan tugas seharian sebagai ibu dan sibuk dengan pekerjaaan di pejabat, jadi jugok blog ning untuk menceritakan kisoh-kisoh nano 2 orang ibu nano yang hidup di bawah satu bumbung. Nano tiap hari melayani kerenah anak-anak yang macam-macam hal, macang-macang lakonang
 

Kisah 2 ibu nano... Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez