Monday, October 26, 2009

IbuNano kembali...

0 comments
Akhirnya..


Setelah 6 bulan (kejap je rasa..) 'ibunano' diabaikan, tibalah masanya untuk 'menghidupkan' kembali ibunano..anak2 Cik Bie dan Budhe pun dah besar2 sumenya.

Ni mana satu abang mana satu adik ni? Cuba teka..



Abang Hakim dah 2 tahun 3 bulan, mcm2 peel dia skang ni. Dah pandai jaga adik2 bertiga, main dan jugak mengusik. Yang paling best dah pandai nyanyi lagu anak tupai (dikir barat),twinkle twinkle little star full version yg tak berapa jelas biji butirnya dan jugak falling down (london bridge). Mmg terhibur dengar celoteh Hakim, tapi kadang2 kena cubit jugak la ngan Cik Bie bila dah start ngongeg ngongeng..

Rafiq dah 10 bulan, dah ada 2 btg gigi bawah. Dah boleh merangkak, berdiri meniti tepi2 sofa dan panjat tangga. Badan kalah abang dia, jap lagi mmg potong la abang dia. Sekarang ni pun baju dah boleh share 2 orang. Untung jugak, tak yah la Cik Bie beli baju byk2 lepas ni hehe

Sultan+Eka

Si kembar Sultan + Eka pun dah setahun lebih. Dah celebrate 1st birthday 13/10 hari tu. Sultan + Eka dah boleh berjalan tapi belum boleh lari la. Memang berani si kembar ni, tak macam premature. Perkembangan dorang mmg mcm baby yang lahir normal.

Semoga mereka ber-4 membesar menjadi anak yang soleh dan mendengar kata ibu2 nya.

Aminnnn...

Wednesday, April 22, 2009

Hajjah Hakimah...

3 comments

Hajjah Hakimah, muka boring je kene pedajal dengan Budhe. Kuikui, jangan marah ye Hakim...

Saturday, April 11, 2009

3 Moooo & Tokey Loke Yew...

3 comments
3 Mooooo............


Tokey Loke Yew tengah bersiram....

Masak-masak...

1 comments
Saje nak upload gambar-gambar masakan simple Budhe....



Gambar 1: Nasik Pecal, Gambar 2: Tumis Bunga Pepaya & Daun Singkong, Gambar 3: Capcay Simple, Gambar 4: Sambal Tahu & Lalap, Gambar 5 : Bubur Sup.
Cik De..Tak terliur ke?

Friday, April 10, 2009

Memang Sah...

0 comments
Dah lama sangat ibu2 nano tak update blog ni, dah rasa macam terabai pulak. Bukan apa, Budhe sekarang ni tengah sibuk nak siapkan user manual untuk accounting system, Cik Bie pulak, tak taulah sibuk dengan apa. Kata dia, kat kolej pun selalu sibuk, tiap hari balik petang, kalau malam-malam tu, bila nak menidurkan Hakim, bukannya Hakim yang tidur tapi Cik Bie pulak yang terlelap dulu.

Tengahari tadi, ada satu peristiwa nano terjadi, yang membuktikan, memang Budhe dan Cik Bie ni ibu nano. Sebelumnya, malam semalam , Cik Bie duk calling-calling Cik De, Cik De cerita dia ada kat Klana Resort, ada kursus kat situ. Budhe yang dengar sambil lalu percakapan dua beradik tu sampuklah, kalau macam tu dekatlah dengan ofis Budhe. Budhe nak pegilah jumpa dia time rehat lunch esok. Cik De kata orait je, dia tunggu.


So, tibalah hari jumaat, Budhe dengan sungguh berkobar-kobar, dalam hati terbayang bestnya boleh lepak kat bilik Cik De, apalagi Budhe pun tengah ngantuk. So, masuk je pukul 12.30 tengahari, Budhe terus cau cincau ke Klana Resort, tak jauh pun, adalah dalam 10 minit (sebab jalan jam, orang-orang nak pegi semayang Jumaat). Oh ya, sebelum tu Budhe dah sms-sms dengan Cik De, tanyabilik dia no berapa. Sampai je kat lobby hotel, Cik De pun call Budhe, tanya jadi datang tak. Budhe kata jadilah, ni dah nak naik lif ke bilik dia. Dia suruh Budhe tunggu kejap kat depan bilik dia, sebab dia tengah kat tingkat 2.


Budhe rasa macam lama je Budhe tunggu sebab Budhe expect nak ke tingkat 4 tu boleh sampai dalam seminit dua je. Lepas tu, dalam hati Budhe pulak rasa macam tak sedap je. Budhe pun call Cik De, nak confirm, betul ke dia kat Klana Resort, takut Budhe salah dengar Hotel lain je. Dia kata ye lah, AKU KAT KLANA RESORT NILAI NI...Waaaaaaa, kat Nilai ke? Aku ingat kat Seremban. Budhe punyalah terkejut gila, salah tempat rupanya. Rasa macam tensen ada, nak ketawa dan malu sendiri pun ada. So, dengan kecewanya, terpaksalah Budhe balik ke ofis semula. Dalam hati Budhe, NANOnye aku, kenapalah aku tak confirm betul2.


On the way balik ofis, Budhe tak puas hati ni, Budhe call Cik Bie, Budhe cakap, ko tau tak, aku salah hotel tadi. Cik De kat Nilai le, bukan kat Seremban. Apasal ko tak cakap kat aku?? Cik Bie kata, manalah dia tahu, dia ingat Klana Resort tu kat Seremban je. Sorilah Budhe...


Muahahaha.
Memang terbukti le sekarang, sah dan nyata, Budhe dan Cik Bie, dua-duanya NANO....
 

Kisah 2 ibu nano... Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez